DDR....Usaha tangga kejayaan, pedulikan kritikan

JITRA, 30 Disember – “Kemenangan diperoleh sekiranya kritikan dan psikologi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dijadikan sebagai semangat untuk meraih kejayaa,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Kemenangan Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi membuktikan bahawasanya skuad Harimau mampu menangkis tomahan yang dilemparkan oleh Indonesia.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) iaitu Datuk Dr Che ROzmey Che Din (DDR) perjuangan yang ditunjukkan oleh skuad kebangsaan merangkul kejuaraan adalah sama dengan perjuangan beliau dalam memperluaskan empayar bisnes yang diciptanya.

“Inilah sebenarnya yang cuba doktor lakukan untuk membuka minda golongan bangsa 1 Malaysia menongkah arus untuk mencipta kejayaan di dalam bidang yang kita ceburi,” katanya.

Beliau berkata lagi, sikap minda positif perlu ada di dalam setiap diri rakyat 1 Malaysia dalam menangkis cubaan serta dakwaan yang boleh menjatuhkan kita sebagai rakyat Malaysia.

“Sifat sombong dan bongkak bukan menjadi pilihan doktor tetapi apa yang dilihat terhadap perjuangan skuad kebangsaan dan doktor adalah mempunyai persamaan namun ianya di praktikkan dalam bidang yang berlainan.

“Jadi, bukti yang kukuh sudah terpampang jelas sekiranya kita bangsa 1 Malaysia mengadaptasikan perjuangan yang ditunjukkan ini sebagai pegangan hidup kejayaan yang luar biasa dapat dihasilkan,” katanya lagi ketika ditemuramah dipejabat beliau.