antara salah satu mesin berteknologi canggih yang digunakan di RBSFC

JITRA, 29 Disember – Rozmey Beauty Slimming Fitneess Centre (RBSFC) telah ditubuhkan bukan sahaja untuk membantu pengguna produk Jus Mate 5 (JM5) mendapatkan sesi rawatan berterusan malahan masyarakat umum yang menghadapi masalah obesiti.

Keajaiban peralatan berteknologi canggih dari luar negara yang telah disediakan di RBSFC untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan serta membantu mereka untuk merealisasikan impian mereka  menjadi cantik dan memiliki bentuk badan yang menarik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr. Rozmey Che Din (DDR) penggunaan ‘roller cell Grace’yang  bakal digunakan adalah bertujuan untuk memecah lemak di badan.

“Manakala Cellu M6 salah satu peralatan yang digunakan untuk menghapuskan selulit yang terdapat pada tubuh seseorang,” katanya.

Beliau berkata lagi, peralatan Alpha Oxy Spa adalah revolusi terkini dalam proses pembakaran lemak secara menyeluruh dan pengguna perlu berbaring didalam mesin ini dalam satu tempoh yang ditetapkan untuk proses penyingkiran lemak serta mesin ini juga ini dilengkapkan dengan pemain MP3 supaya sepanjang tempoh rawatan ia mampu menenangkan pelanggan.

“Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) juga melaksanakan rutin tatacara untuk menganjalkan bahagian perut menggunakan teknologi canggih yang terdapat pada mesin EMS UIC bagi melengkapkan lagi rawatan,” kata pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu.