DDR...alatan canggih RBSFC penuhi impian pengguna

JITRA, 29 Disember – Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) yang berpusat di utara tanahair Jitra, Kedah ditubuhkan bagi membantu masyarakat dalam mendapatkan rawatan untuk memiliki bentuk tubuh yang menarik dan cantik.

Jadi, menyedari bahawa ramai golongan wanita yang inginkan bentuk tubuh yang menawan RBSFC menawarkan promosi berterusan sehingga hujung tahun ini.

Menurut pemiliknya Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) promosi hebat yang ditawarkan ini juga adalah untuk golongan yang tidak berkemampuan yang mempunyai keinginan untuk menyelesaikan masalah berlebihan berat badan.

“Kadar asal dalam menjalani satu sesi rawatan selama tiga jam sebelum ini ialah RM450 namun kini harga runtuh bagi promosi yang ditawarkan ialah RM100 untuk tiga jam untuk membolehkan golongan wanita tampil landsing, anggun dan menawan,” katanya.

Katanya lagi, RBSFC yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden dari Perancis, Jepun dan Jerman mampu memberikan kesan yang begitu memberangsangkan yang bakal memuaskan hati pengguna kerana kos yang ditawarkan begitu murah sekali berbanding pusat kecantikan lain.

“Promosi yang dijalankan bermula Jun lalu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan kerana hasilnya begitu menakjubkan.

“Jadi, sekiranya langsing dan cantik untuk tampil kelihatan bergaya menjadi pilihan anda yang kami di RBSFC mengalu-alukan kedatangan anda,” katanya ketika ditemui.