TEKUN....staf Unit Media dan ICT komited terhadap tugas yang diberikan

JITRA, 17 Disember –  “Kejayaan seseorang individu dalam perniagaannya terletak kepada hasil kreativiti daya pemikirannya dalam melancarkan strategi untuk kebaikan sesebuah organisasi,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut DDR, era globalisasi kini internet yang dikenali ramai tentang maklumat tanpa sempadan menjadi keutamaan kepada golongan yang menjalankan perniagaan untuk memajukan produk mereka dari semasa ke semasa.

“Jadi, kuasa ajaib disebalik kejayaan yang doktor kini adalah dengan cara memanfaatkan teknologi yang diperkenalkan di era ini dengan sepenuhnya,” katanya.

Katanya lagi, teknologi ini digunakan oleh DDR untuk memperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kehebatan pelbagai produk yang dihasilkan.

“Sehubungan itu, demi mempertingkatkan kualiti produk yang diperkenalkan doktor juga menghebahkan perkhidmatan dR Rozmey menggunakan ICT bagi membantu pengguna menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan.

“ICT terbukti menjadi medan terbaik memasarkan jenama dR. Rozmey di kalangan pengguna dan kadar celik IT di negara ini turut meningkat berikutan usahawan HPM menjadikannya sebagai laman maya untuk memasarkan produk HPM,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dR Rozmey Group (dRG) itu.