DDR...beri contah terbaik kepada staf

JITRA, 15 Disember – Ketua Pegawai Eksekutif dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) sentiasa menyarankan stafnya menggunakan kreativiti yang ada untuk membina kerjaya di HPM.

“Pengalaman dan segala kemahiran yang dimiliki perlu diadaptasi dalam tugasan supaya kerja yang dihasilkan berkualiti dan menepati kehendak syarikat,” ujarnya.

Menurut DDR lagi, beliau juga sentiasa mengingatkan agar staf melontarkan idea yang bijak untuk membantu membangunkan syarikat dan menjadikan HPM sebagai satu syarikat yang terunggul.

“Beri fokus sepenuhnya terhadap kerja yang dilakukan dan sentiasa komited dengan tugasan untuk memastikan tugas yang dilakukan adalah sempurna.

“Sebagai majikan yang bertanggungjawab, DDR akan sentiasa memastikan stafnya menjalankan kerja dengan baik  dan tidak melakukan kesilapan yang boleh memberi kesan kepada syarikat,” katanya.

Beliau berkata lagi, akibat pencetusan fenomena yang dilakukan telah menerusi label dR Rozmey ini beliau percaya ianya bakal memberikan impak positif terhadap warga HPM demi mempertingkatkan pengetahuan mengenai dunia perniagaan.