DDR...peroleh kejayaan menerusi Jus Mate 5

JITRA, 15 Disember – “Islam menggalakkan umatnya untuk melakukan atau menceburkan diri di dalam dunia perniagaan kerana 90 peratus punca rezeki manusia adalah daripada hasil perniagaan,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurutnya, kata-kata diatas adalah sabda dari junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dan sehingga kini beliau jadikannya sebagai prinsip hidup untuk menghasilkan kejayaan di dalam bisnes.

“Kejayaan yang diperolehi dan di nikmati oleh doktor kini adalah hasil daripada perniagaan dalam penjualan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang semakin popular dikalangan golongan obesiti.

“Produk JM5 yang telah dihasilkan doktor telah membuatkan doktor menjadi jutawan serta membantu ramai pengguna yang menghadapi masalah kegemukan ataupun obesiti dan kini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan,” katanya.

Katanya lagi, sifat kejujuran dan kesabaran perlu diterapkan di dalam setiap individu yang melibatkan di dalam kancah perniagaan dalam mencipta kejayaan di masa akan datang.

“Hal ini penting dalam membanteras segala halangan dan rintangan yang bakal ditempuh di dalam dunia perniagaan yang diceburi demi mendapatkan kepercayaan dari masyarakat.

“Jadi, dalam usaha untuk mencapai matlamat menjadi ‘bilionaire’ pada tahun 2013 doktor kini merancang pelbagai lagi bisnes untuk meraih keuntungan dan dikongsikan bersama-sama masyarakat seluruh Malaysia,” katanya ketika ditemui.