DDR...perluaskan empayar label dR Rozmey

JITRA, 13 Disember – “Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan,” ujara Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika berbicara mengenai bisnes yang beliau jalankan pagi tadi.

Akibat pencetusan fenomena label dR Rozmey yang semakin meningkat naik popularitinya pemilik dR Rozmey Group (dRG) itu menggandakan usahanya untuk melebarkan sayap jenama dR Rozmey.

Menurut DDR, label dR Rozmey kini dikenali oleh golongan bangsa 1 Malaysia akibat daripada strategi luar biasa yang doktor hasilkan di dalam dunia perniagaan di era globalisasi ini.

“Hadir sebagai seorang ahli perniagaan doktor berani menaggung risiko terhadap sesuatu bisnes yang baru demi menggandakan kejayaan dan melakar sejarah baru bahawa bangsa Melayu juga boleh setaraf dengan golongan antarabangsa.

Katanya lagi, peluang hanya datang sekali seumur hidup namun rebutlah sebelum terlepas dari pandangan dan hargailah peluang yang diberikan sebaik-baiknya.

“Sebagaimana doktor rebut peluang untuk melancarkan strategi demi memperluaskan label dR Rozmey menerusi produk Skin Care dan Slimming Suit yang bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan.

“Jadi, mulai saat ini doktor sentiasa berusaha dalam melakar pelbagai kejayaan agar empayar label dR Rozmey diperluaskan seluruh dunia sekaligus dapat bersaing dengan label-label terkemuka antarabangsa,” katanya yang kini sibuk menguruskan dR Rozmey IT Solution.