DDR......cintakan bisnes yang dicipta

JITRA, 13 Disember – “Sumber kekayaan adalah daripada sesebuah perniagaan yang berlandaskan hukum syarak dan inilah yang disarankan oleh ajaran Islam,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui semalam.

Berpegang dengan ajaran itu bisnes adalah menjadi pilihan pemilik dR Rozmey Group (dRG) ini mencipta serta memperoleh kejayaan yang dingini tanpa ragu-ragu.

Menurut DDR, bisnes adalah sesuatu perkara yang mendidik beliau mengenal erti kesabaran dan kejujuran dalam mengharungi pelbagai cabaran sebelum mengecapi kejayaan seperti dikehendaki.

“Banyak perkara dan keistimewaan yang diperolehi oleh doktor ketika berkecimpung di dalam dunia perniagaan demi melakar sejarah dan nama seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata lagi, sejarah hitam yang menghantui beliau suatu ketika dahulu memberikan pengajaran yang cukup bermakna untuknya lantas menjadikan ianya dorongan dan semangat demi melakar kejayaan.

“Jadi, doktor sememangnya sayangkan bisnes yang doktor cipta selama ini dan akan terus berusaha untuk memajukan lagi perniagaan yang sedia ada sehingga bergelar seorang bilionaire demi membantu bangsa doktor sendiri untuk berjaya seperti doktor.

“Selain itu, sekiranya kita sudah mengecapi kejayaan seperkara dok,tor ingin menasihatkan bahawa kita jangan sesekali lupa kepada Sang Maha Pencipta yang menurunkan segala rezeki kepada hamba-Nya,”