DDR...cipta strategi luar biasa di dalam dunia bisnes

JITRA, 12 Disember – “Syarikat naungan jenama dR Rozmey kini yang menjadi kebanggaan penduduk Jitra dilihat semakin kukuh dan gah berdiri selepas popular dengan produk pelangsingan badan iaitu Jus Mate 5 (JM5),” Encik Ridhwan Ahmad ketika ditemui semalam.

Menurutnya kejayaan yang dirangkul ini adalah hasil daripada usaha dengan sifat semulajadi dan teristimewa yang terdapat pada pemilik nama dR Rozmey itu sendiri iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang menghasilkan pelbagai fenomena dR Rozmey kepada rakyat Malaysia.

“Hal ini berlaku akibat daripada sifat-sifatnya yang ditunjukkan dalam menghasilkan pelbagai kejayaan beliau yang kini diteladani oleh seluruh warga HPM,” katanya yang juga Ketua Eksekutif Pemasaran di Herba Prima Marketing.

Katanya lagi, penerapan kejujuran dan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara menjadi pegangan utama warga HPM untuk meningkatkan prestasi kerja dan memajukan diri dalam aspek kerjaya.

“Ketaatan dan keteguhan iman di dada juga perlu ditanamkan di dalam diri kita berserta usaha yang dilakukan untuk mencipta kejayaan dan sentiasa mengingati-NYa kerana segala kejayaan datang dari Allah SWT dan inilah cara DDR sentiasa mengingati-Nya yang Esa.

“Oleh itu, perkara sebegini merupakan sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan yang bukan sahaja untuk kepentingan syarikat malahan untuk mereka juga yang berada di bawah naungan dR Rozmey dalam membina kejayaan selaras dengan konsep fenomena dR Rozmey yang dihasilkan untuk kepentingan bersama,” tambahnya lagi.