DDR....tabah teruskan perjuangan

JITRA, 10 Oktober  – Berbekalkan sifat teguh pendirian di dalam diri adalah punca kejayaan yang dikecapi oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) iaitu Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang kini terkenal dengan produknya iaitu Jus Mate 5 (JM5)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) itu beliau bersyukur kerana kini semua ingin bersama fenomena dR Rozmey biarpun pada peringkat awal ada yang sinis dan tidak percaya dengan dR. Rozmey.

“Bukan itu saja malah ada juga menghina , mengkeji dan mencemuh tetapi kini mula menyokong doktor dan kagum dengan strategi yang dijalankan dalam pencetusan fenomena yang dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata lagi, kritikan dan cemuhan menjadi santapan beliau setiap hari akibat ketidak puasan hati daripada pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab dan iri hati dengan strategi yang doktor cipta.

“Hal ini berlaku kerana masyarakat sebelum ini masyarakat tidak sedar dan tidak mengetahui tentang fenomena dR Rozmey bukan untuk doktor sendiri tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Jadi doktor telah tanamkan sifat ini untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa apa yang dilakukan oleh doktor adalah untuk kebaikan dan manfaat bersama dengan dan karya yang luar biasa untuk mencapai kejayaan,” tambah pemilik dR Rozmey Group (dRG) itu.

Advertisements