DDR...tenang

JITRA, 9 Disember – “Itu adalah perkara biasa bagi seorang ahli perniagaan seperti DDR,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika disoal mengenai kritikan dan cemuhan yang dilemparkan oleh masyarakat terhadap beliau yang kini telah mencipta pelbagai kejayaan dengan caranya tersendiri.

Menurut beliau, walaupun sudah mencipta pelbagai kejayaan dalam dunia perniagaan, Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) ini terus menerima tamparan hebat mengenai komen negatif daripada individu yang tidak berpuas hati dengan beliau.

“Namun bertindak sebagai ahli perniagaan yang professional doktor seharusnya bertindak tenang menerima komen berkenaan kerana ianya adalah asam garam dalam perniagaan.

“Jika doktor tidak menghasilkan sesuatu fenomena yang luar biasa masyarakat berkemungkinan tidak dapat menerima dengan cara perniagaan yang dilakukan kerana bukan mudah untuk mendapat kepercayaan daripada masyarakat,” katanya.

Datuk Dr Che ROzmey berkata lagi, sebagai usahawan berjaya, DDR hanya menganggap perkara ini adalah biasa kerana beliau tidak perlu membuang masa semata-mata untuk melayan kerenah individu yang tidak berpuas hati dengan kejayaan yang beliau miliki sekarang.

“Kini terbukti, usaha dan pengorbanan yang dilakukan beliau tidak sia-sia kerana terus maju ke hadapan tanpa mempedulikan kata-kata ‘nakal’ daripada sesetengah pihak dengan gaya selambanya.

“Jadi, doktor akan terus berusaha untuk meningkatkan perniagaan disamping memikirkan strategi yang hebat untuk memperluaskan lagi perniagaan yang dimajukan doktor sekarang dengan memperkenalkan jenama dR Rozmey dipersada negara,” katanya yang juga pemilik label dR Rozmey.