Staf HPM kebanggaan DDR

JITRA, 6 Disember – “Doktor berasa amat berbangga kerana mempunyai tenaga pekerja seperti warga Herba Prima Marketing (HPM),” kata Datuk Dr Che ROzmey Che Din (DDR).

Menurut DDR, Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang sudah beroperasi selama empat tahun bermula 2006 hingga kini yang bertapak di Bandar Darulaman, Jitra telah menghasilkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan itu kini mempunyai tenaga pekerja seramai 300 orang.

“Doktor berbangga dengan warga HPM adalah sikap tanggungjawab yang ditunjukkan mereka membantu HPM mengorak langkah dengan lebih maju.

“Doktor juga amat berpuas hati dengan sikap kerajinan dan kredibiliti yang ditunjukkan oleh mereka semua serta berupaya menjadi tulang belakang HPM.

“Kesemua pekerja di Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) mempunyai sikap bertanggungjawab dan menjalankan tugasan yang diberikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat,” katanya.

Katanya lagi, faktor kerjasama dan perkongsian idea serta pendapat amat  diperlukan di dalam sesebuah organisasi untuk menghasilkan sesuatu kerja yang baik.

“Jadi, doktor bersyukur kerana memiliki tenaga kerja yang berpotensi dan berharap agar tenaga kerjanya mengekalkan faktor-faktor tersebut untuk mengukuhkan lagi Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM),” ujarnya ketika ditemuramah dipejabat beliau.