Zulkifli Hanif....mampu miliki kereta mewah dengan hasil bisnes bersama DDR

JITRA, 6 Disember – “Ramai pengedar kini mampu memiliki kereta idaman selepas menjalankan bisnes bersama doktor,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut beliau, pengedar yang setia menjalankan bisnes bersama-sama beliau kini sedang menikmati kejayaan dengan hasil penjualan produk keluaran HPM.

“Hal ini adalah kerana formulasi dR Rozmey terhadap produk-produk keluaran HPM memberikan keajaiban kepada pengguna terutamanya produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang kini popular dikalangan golongan obesiti,” katanya.

Katanya lagi, tambahan pula permintaan terhadap produk kini begitu tinggi kerana kepercayaan pengguna terhadap produk semakin meningkat menerusi testimoni yang diuar-uarkan kepada umum.

“Jelaslah terbukti bahawa produk yang dihasilkan doktor memberikan kesan positif tanpa mengundang sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.

“Jadi, inilah fenomena yang doktor cetuskan untuk kepentingan bersama bukan untuk merungkai masalah kesihatan sekaligus mengubah nasib seseorang untuk meraih kejayaan menerusi bisnes yang doktor perkenalkan,” kata pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu.