Body Shop antara syarikat milik label dR Rozmey

JITRA, 5 Disember – Seluruh rakyat Malaysia kini sudahpun mengenali nama Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang terkenal dengan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) dan fenomena filem 2 Alam.

Kini syarikat naungan dR Rozmey dilihat semakin maju dalam menghasilkan pelbagai fenomena-fenomena yang luar biasa yang mempunyai keunikan tersendiri terhadap perkara yang dilakukannya.

Menurut DDR sebanyak empat syarikat yang semakin maju berada di bawah naungan dR Rozmey antaranya ialah Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC), dR Rozmey Skin Care, dR Rozmey Body Shop dan dR Movie Production.

“Syarikat-syarikat naungan dR Rozmey semakin menempa nama di Malaysia kerana ianya menekankan konsep luar biasa berbeza dari organisasi lain,” katanya.

Katanya lagi, strategi dan kreativiti  dalam mempromosikan produk-produk dR Rozmey ini menghasilkan keunikan dan keistimewa berbanding dari organisasi lain.

“Jadi, mengikuti peredaran zaman masa kini rakyat inginkan sesuatu yang luar biasa dan kelainan di dalam pelbagai perkara yang ingin dilakukan.

“Oleh itu, fenomena yang dicetuskan oleh dR Rozmey dilihat memberikan impak positif yang memberangsangkan dan bersesuaian dengan era globalisasi kini,” ujarnya ketika temui dipejabat beliau.