DDR....bisnes kembang maju menerusi fenomena produk JM5

JITRA, 5 Disember –  ‘Itu sudah menjadi adat di dalam dunia perniagaan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika disoal mengenai bisnesnya yang mempunyai sejarah hitam suatu ketika dahulu.

Menurut DDR beliau dahulunya boleh diklasifikasikan seperti bangkai yang tidak bernyawa kerana derita akibat daripada perbuatan khianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Namun hari ini doktor hidup kembali menerusi cetusan fenomena luar biasa yang menghasilkan kejayaan demi kejayaan yang  bukan sahaja bergiat aktif di Malaysia malahan di Indonesia.

“Selepas mengalami kesengsaraan yang begitu menyakitkan doktor seperti hilang punca untuk meneruskan kehidupan tetapi akibat dari dorongan arwah isteri Siti Nor Halawiah menjadi pembakar semangat dan penawar kepedihan yang dialami untuk doktor bangun semula mencipta kejayaan,” katanya.

Pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu berkata lagi, setelah sembuh daripada luka yang tragis itu berbekalkan prinsip dan semangat jati diri yang tinggi doktor memperoleh kejayaan seperti sekarang.

“Berpegangkan asas utama perniagaan yang dalam mencapai kejayaan besar iaitu jujur, setia, dan bijaksana doktor berjaya menghasilkan fenomena dR Rozmey yang kini megah berdiri setanding dengan jenama tersohor dunia.

“Segala pencetusan fenomena yang dicetuskan bukanlah untuk kepentingan diri sendiri semata-mata namun memberikan kepentingan bersama sekaligus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,” kata pemilik label dR Rozmey itu.