DDR...tanggungjawab diutamakan

JITRA, 3 Disember – Sambutan menggalakan daripada rakyat 1 Malaysia terhadap fenomena dR Rozmey kini dilihat begitu memberikan impak positif yang memberangsangkan.

Hal ini berlaku kerana sikap pemiliknya yang namanya kini gah dipersada negara iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang begitu prihatin terhadap fanatiknya.

Menurutnya, sikap keprihatinan begitu penting kerana ianya adalah satu faktor yang membolehkan seseorang menjadi ikon serta contoh yang baik terhadap khalayak.

“Jadi, keprihatinan dalam memberikan manfaat terhadap sesuatu yang dihasilkan membolehkan rakyat 1 Malaysia merasakan diri mereka dihargai dengan segala pengorbanan yang dicurahkan,” katanya.

Katanya lagi, ini adalah bertujuan untuk mengajak rakyat supaya bersama beliau untuk berkongsi rahsia kejayaan yang dikecapi oleh beliau kini.

“Bukan itu sahaja malah keinginan dihati doktor untuk melihat bangsa doktor sendiri memperoleh kejayaan memberikan dorongan untuk doktor memberikan nasihat dan juga pandangan tanpa sebarang bayaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).