DDR...penerapan nilai-nilai murni terhadap staf membuahkan hasil

JITRA, 3 Disember – Syarikat Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang popular dengan produk pelangsingan badan iaitu Jus Mate 5 (JM5) kini gah berdiri di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah yang menjadi kebanggaan penduduk Jitra serta mempunyai 300 bilangan pekerja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) sejak mula beroperasi pada tahun 2006 HPM telah menyediakan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan yang hadir dan tidak pernah menghampakan mereka.

“Mereka yang ingin mendapatkan rawatan susulan selepas menggunakan produk Jus Mate 5 (JM5) mereka boleh mendapatka rawatan di Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) yang dilengkapi dengan pelbagai mesin berteknologi canggih bagi membantu mereka untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal,” katanya.

Katanya lagi, jika pengedar-pengedar aktif inginkan produk-produk keluaran HPM mereka boleh mendapatkannya secara terus di kaunter HPM atau membuat panggilan untuk menempah produk-produk tersebut.

“Bukan itu sahaja malah pengguna baru atau lama juga boleh membuat tempahan melalui email dan ini memudahkan para pengguna untuk mendapatkan produk asli dari HPM.

“Dengan ada perkhidmatan ini segala urusan pelanggan dengan pihak pengurusan Herba Prima Marketing (HPM) akan menjadi mudah dan mengikut susunan yang teratur,” tambahnya lagi ketika ditemui dipejabat beliau.