Alpha Oxy Spa antara peralatan canggih yang terdapat di RBSFC

JITRA, 3 Disember – Rozmey Beauty Slimming Fitneess Centre (RBSFC) telah ditubuhkan untuk membantu pengguna produk Jus Mate 5 (JM5) mendapatkan sesi rawatan berterusan.

Pelbagai peralatan yang telah disediakan untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan serta membantu mereka untuk merealisasikan impian mereka  menjadi cantik dan memiliki bentuk badan yang menarik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr. Rozmey Che Din (DDR) penggunaan ‘roller cell Grace’yang  bakal digunakan adalah bertujuan untuk memecah lemak di badan. Manakala Cellu M6 salah satu peralatan yang digunakan untuk memnghapuskan selulit degil yang terdapat pada tubuh seseorang.

“Selain itu, peralatan Alpha Oxy Spa adalah revolusi terkini dalam proses pembakaran lemak secara menyeluruh dan pengguna perlu berbaring didalam mesin ini dalam satu tempoh yang ditetapkan untuk proses penyingkiran lemak.

“Peralatan canggih ini juga dilengkapi dengan pemain MP3 yang bertujuan menenangkan pengguna sepanjang tempoh rawatan yang dijalankan.

“Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) juga melaksanakan rutin tatacara untuk menganjalkan bahagian perut menggunakan teknologi canggih yang terdapat pada mesin EMS UIC,” ujar beliau yang juga penerbit dR Movie Production.