DDR....role model

JITRA, 2 Disember – Walaupun maki hamun, cemuhan dan kritikan yang boleh menimbulkan kemarahan menimpa terhadap dirinya beliau masih lagi tenang dalam memperjuangkan kebenaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) dikatakan seorang yang luar biasa berbanding dengan ahli perniagaan lain cepat melatah di dalam menjalankan sesuatu urusan.

“Menurutnya keteguhan iman dan kesabaran penting terhadap seseorang individu untuk menegakkan kebenaran tentang sesuatu perkara yang ingin diperjuangkan.

“Faktor sebegini amat penting di dalam diri untuk menjadi benteng pertahanan yang kukuh supaya ianya tidak mengganggu perjalanan sesuatu perniagaan,” katanya.

Katanya lagi, jangan biarkan kemarahan mengawal diri kita kerana ianya boleh mengakibatkan segala keputusan yang dibuat adalah tidak tepat dan juga menjadi punca hilangnya sifat kepimpinan di dalam diri.

“Jadi jika kita berada di landasan yang benar maka haruslah kita memberikan fokus untuk menegakkannya  supaya menjadi ikon ataupun ‘role model’ dan dihormati dalam masyarakat,” tambahnya lagi.