DDR...tidak lupa Maha Pencipta

JITRA, 1 Disember – “Rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T. Jadi, kita sebagai manusia perlulah berusaha serta tunduk dan patuh kepada-Nya,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang kini sedang menikmati kejayaan yang telah diusahakannya semenjak empat tahun lalu.

Menurut DDR hasil kejayaan yang dinikmati oleh beliau kini adalah rezeki yang diturunkan oleh Allah S.W.T. disebabkan oleh kesungguhan dan kegigihan beliau.

“Kekuatan iman serta sifat kejujuran yang ditanam di dalam diri adalah punca kejayaan doktor dalam mencipta pelbagai fenomena dR Rozmey yang kini menjadi perbualan hangat rakyat 1 Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, kejayaan bukannya datang bergolek jika tiada usaha tetapi kita perlu fokus dan berusaha keras untuk mencapai sesuatu impian.

“Namun perkara terpenting yang perlu ditanamkan di dalam diri adalah jangan lupa tanggungjawab kepada Allah SWT kerana kita mungkin terlupa serta lalai kepada-Nya tetapi Allah SWT tidak pernah melupakan kita.

“Jadi, kini berbekalkan keimanan di dalam diri doktor bersyukur kepada Allah SWT kerana berada di tahap sekarang dan setiap fenomena dR Rozmey yang dicetuskan diredhai oleh Allah Yang Esa,” ujarnya ketika ditemuramah.