Produk kesihatan dR Rozmey bakal menggegarkan tahun 2011

JITRA, 30 November – “Satu kejutan akan dilakukan pada tahun baru ini yang bakal meruntun hati serta merobek jiwa khalayak serta meninggalkan kesan yang positif buat mereka ,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurutnya kejutan yang bakal dilakukan itu adalah fenomena dR Rozmey yang telah dihasilkan oleh beliau yang sedang giat diusahakan untuk dipersembahkan kepada khalayak.

“Antara fenomena dR Rozmey yang dihasilkan itu adalah fenomena mengenai produk kesihatan Slimming Suit dan fenomena empayar kosmetik doktor iaitu dR ROzmey Skin Care,” katanya.

Katanya lagi, fenomena ini akan di lancarkan serentak selepas pada pembukaan tahun baru ini iaitu awal tahun 2011 sekaligus mencipta satu kaedah promosi yang terbaru untuk memperoleh keuntungan yang melipat kali ganda.

“Selain itu, disebabkan cara promosi yang luar biasa dihasilkan oleh doktor segala fenomena dR ROzmey yang telah dihasilkan memberikan impak positif dari khalayak umum serta ingin bersama-sama doktor untuk mencipta satu  kejayaan yang luar biasa.

“Jadi dengan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak mengenai pencetusan  fenomena dR Rozmey, pencetusan fenomena tersebut bakal mengejutkan tahun 2011 ini dan meraih sejuta fanatik,” katanya ketika ditemui disini.