DDR....pejuangkan bisnesnya dengan ICTJITRA, 30 Ogos – Walaupun cemuhan dan kritikan yang boleh menimbulkan kemarahan telah dilemparkan oleh wartawan hiburan mengenai fenomena 2 Alam  terhadap penerbit dR Movie Production beliau masih lagi mampu tersenyum dengan segala tindakan mereka itu.

Inilah Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) yang dikatakan seorang yang luar biasa berbanding dengan ahli perniagaan lain cepat melatah di dalam menjalankan sesuatu urusan.

Beliau dikatakan tidak mudah melatah dengan kritikan dan cemuhan yang dilemparkan dan sentiasa tenang dalam menepis segala kontroversi yang dicetuskan wartawan hiburan.

“Menurutnya keteguhan iman dan kesabaran penting terhadap seseorang individu untuk menegakkan kebenaran tentang sesuatu perkara yang ingin diperjuangkan.

“Faktor sebegini amat penting di dalam diri untuk menjadi benteng pertahanan yang kukuh dan pelindung diri dari segala perkara negatif,” katanya.

Beliau berkata lagi, beliau tidak menghalang wartawan hiburan untuk menulis akan tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya penulisan mereka itu berbentuk membina bukannya menjatuhkan aib orang lain.

“Sebagai umat sesama Islam menjadi tanggungjawab doktor untuk menasihati mereka daripada melakukan perbuatan yang tidak disarankan oleh agama.

“Selain itu, jangan biarkan kemarahan mengawal diri kita kerana ianya boleh mengakibatkan segala keputusan yang dibuat adalah tidak tepat dan juga menjadi punca hilangnya sifat kepimpinan di dalam diri.

“Jadi jika kita berada di landasan yang benar maka haruslah kita memberikan fokus untuk menegakkannya  supaya menjadi contoh ataupun ‘role model’ dan dihormati dalam masyarakat,” tambahnya lagi.