DDR....populariti meningkat

JITRA, 25 November – Singgah sahaja dimana-mana sudah semestinya topik perbincangan masyarakat kini mengenai seorang usahawan yang berjaya dengan penghasilan produknya sendiri iaitu Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) yang dulunya beliau seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.

Beliau kini popular dengan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang memberikan kesan yang amat memberangsangkan dan pembikinan filem 2 Alam yang merupakan karya sulongnya.

Menurut DDR, beliau mengucapkan ribuan terima kasih terhadap rakyat yang menyokong beliau di dalam mencetuskan pelbagai fenomena dR Rozmey demi untuk kepentingan bersama.

“Doktor bukanlah mencetuskan fenomena untuk menerima gelaran selebriti tetapi sebaliknya untuk memperkenalkan mengenai sesuatu yang dihasilkan untuk membantu masyarakat.

“Tambahan pula kehadiran filem 2 Alam dalam industri filem negara yang mencetuskan pelbagai kontroversi berkemungkinan doktor menerima gelaran ini,” katanya.

Katanya lagi, beliau akan menghasilkan pelbagai lagi fenomena untuk rakyat 1 Malaysia dalam usaha memperoleh kepentingan bersama serta memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat.

“Namun sebaliknya doktor bukan mencari populariti tetapi ingin berkongsi penyelesaian yang dihasilkan untuk kepentingan bersama demi mewujudkan satu masyarakat yang majmuk,” katanya yang juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).