DDR...perluaskan label dR ROzmey

JITRA, 24 November – Sudah pastinya ramai yang mengenali dR Rozmey kerana produk pelangsingan badan Jus mate 5 (JM5) dan filem 2 Alam yang popular kini menjadi perbualan hangat seluruh rakyat Malaysia.

Namun begitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dilihat belum lagi berpuas hati dengan kejayaan yang dikecapi dan ingin memperluaskan penjenamaan dR Rozmey di mata dunia.

Menurutnya setelah mengecapi kejayaan menerusi  dua sentuhan beliau iaitu produk pelangsingan badan JM5 dan hasil karya sulongnya filem 2 Alam kini beliau memperluaskan bisnesnya di dalam empayar kosmetik dan juga kesihatan bagi membantu masyarakat terutamanya golongan wanita.

“Penghasilan produk kosmetik seperti Skin Care untuk penjagaan kulit dilihat dapat memberikan kesan yang begitu mujarab kepada pengguna untuk tampil dengan kulit cantik dan putih berseri yang membantu golongan wanita untuk merealisasikan impian mereka,” katanya.

Katanya lagi, penghasilan produk Slimming Suit pula adalah untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan dan membentuk tubuh  tampil kelihatan menarik dan cantik.

“Jadi, penghasilan kedua-dua produk ini dilihat mampu memberikan impak positif terhadap penjenamaan dR Rozmey,” katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).