2 Alam raih kutipan RM 2 juta semalam

JITRA, 19 November – “Baru seharian dipertontonkan kepada khalayak mengenai fenomena 2 Alam ianya sudahpun mendapat sambutan yang menggalakkan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui disini.
Filem 2 Alam yang sebelum ini dikutuk dan dikritik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berjaya memukau kehadiran penonton di pawagam seluruh tanahair.
Menurut DDR, beliau sebenarnya sudah menyangka bahawa tsunami berskala kecil ini mampu memberikan kepuasan terhadap penonton.
“Kutipan sebanyak RM2 juta semalam adalah sebagai bukti bahawa filem 2 Alam merupakan filem yang dinanti-natikan oleh masyarakat,” katanya.
Katanya lagi, berpegang konsep kejujuran dan teguh pendirian membuatkan usaha yang berganda dilakukan selama ini dilihat berbaloi dengan kejayaan yang diraih.
“Akibat daripada fenomena yang dilancarkan menerusi label dR Rozmey khalayak umum berpusu-pusu untuk mendapatkan tiket filem 2 Alam bagi merasai sendiri kehangatan filem yang diuar-uarkan oleh doktor.
“Inilah rezeki anugerah Allah S.W.T  terhadap doktor kerana mentaati suruhan-Nya dan berusaha diatas jalan kebenaran menghasilkan sesuatu untuk membantu masyarakat yang terpesong dari landasan agama,” katanya ketika pener bit dR Movie Production itu.