Senaman menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit

JITRA, 16 November – Sayangi Diri Anda! Ini adalah antara slogan yang sering digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk mendorong masyarakat hari ini yang semakin mengabaikan tahap kesihatan diri mereka.

Jadi, dengan kempen sebegini dilihat membantu masyarakat untuk mempertingkatkan tahap kesihatan diri mereka demi menghindarkan dari terdedah kepada pelbagai penyakit kronik yang mengakibatkan kematian.

Menurut Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) Pakar Perbidanan dan Sakit Puan pelbagai penyakit dapat dielakkan sekiranya masyarakat berusaha mempertingkatkan tahap kesihatan badan dengan mengamalkan cara gaya hidup sihat.

“Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian dalam usaha untuk mencegah dan menjauhi diri masyarakat,” katanya.

Katanya lagi, pelbagai penyakit kronik yang menyebabkan kematian semakin hari semakin menular di dalam negara ini.

“Selain dari bersenam, cara pemakanan yang sihat juga merupakan faktor yang penting dan amat digalakkan untuk pencegahan terhadap masyarakat dari menghidap pelbagai penyakit kronik  yang semakin menular sehingga ke hari ini,” ujarnya ketika ditemui tadi.