DDR...pengorbanan berbaloi

JITRA, 16 November – “Ruyung sudah dipecahkan kini hanya menanti sagu untuk dijamah,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui disini  tadi.

Perumpamaan yang diuar-uarkan oleh beliau ini adalah bertujuan untuk menantikan kejayaan yang bakal diperolehi selepas Hari Raya Aidifitri nanti.

Menurutnya pelbagai usaha yang telah dilakukan dalam usaha memperkenalkan jenama dR Rozmey di seluruh tanahair.

“Namun kini doktor hanya menunggu sejauhmana tindakbalas dari masyarakat tentang fenomena yang dicetuskan oleh doktor demi untuk kepentingan bersama,” katanya.

Katanya lagi, dahulunya fenomena dR Rozmey yang dicetuskan oleh beliau mengenai produk kesihatan dan kecantikan mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana dikatakan formulasinya yang hebat dan ajaib memberikan kesan yang mujarab terhadap pengguna.

“Kini fenomena yang luar biasa dicetuskan seperti filem 2 Alam, dR ROzmey Skin Care, Slimming Suit dR Rozmey dan Water Treatment dR Rozmey mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri dilihat mampu memberikan  hasil yang lumayan dan segala-galanya akan terjawab kelak,” katanya ketika ditemuramah.