2 Alam.....menggamit penonton

JITRA, 15 November – Filem bergenre seram hasil karya sulong dR. Movie Production iaitu 2 Alam dikatakan membawa dua erti besar di dalam percaturan untuk menjualnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) filem 2 Alam yang akan menggegarkan panggung wayang seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Indonesia ini dijalankan penyelidikan terlebih dahulu sebelum dihasilkannya.

“Disebabkan nilai seninya yang dianggap berprofil tinggi kini keterujaan, demam serta resah rakyat 1 Malaysia menantikan kehadirannya pada 18 November ini,” katanya.

Beliau berkata lagi, menjadi kepentingan beliau untuk memastikan semua 30 juta rakyat Malaysia untuk menonton 2 Alam yang tersirat  pelbagai mesej yang ingin disampaikan itu.

“Jelaslah matlamat untuk ledakan pecah panggung RM20 juta akan tercapai kerana dengan kebolehan 2 Alam memasuki panggung boleh meraih lebih daripada itu serta meninggalkan kesan yang begitu memberangsangkan terhadap penonton.

“Ini juga merupakan sejarah membuka lebaran baru dan pasti memberi manfaat  besar kepada semua dan inilah janji perjuangan doktor bahawa fenomena dR. Rozmey adalah untuk kepentingan bersama,” katanya lagi.