DDR...fenomena dR Rozmey untuk kepentingan bersama

JITRA, 14 November – “Fenomena yang dicetuskan oleh dR Movie Production dalam mempromosikan filem 2 Alam ini telah meyakinkan rakyat untuk memberikan kepercayaan terhadap doktor,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui pagi tadi.

Jelaslah membuktikan bahawa fenomena dR Rozmey menerusi filem 2 Alam telah membuatkan rakyat mengalami keresahan dan kegigilan menantikan kehadiran filem 2 Alam dipanggung seluruh tanahair.

Menurut DDR, filem 2 Alam yang dibarisi pelakon hebat seperi Aaron Aziz dan Suhailah Salam berserta acuan dR Rozmey menjadikan filem 2 Alam seperti “pisang goreng panas.”

“Ini berlaku ketika Konsert Mega Promo 2 Alam berjaya menghimpunkan 100,000 ribu penonton berserta dengan laungan “Kami percaya DDR! Kami percaya 2 Alam pecah panggung,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, ini adalah satu kelainan yang beliau ciptakan di dalam industri perfileman dan hiburan negara demi memartabatkan filem dan budaya Malaysia di mata dunia.

“Ini yang doktor janjikan menerusi fenomena dR Rozmey yang mampu mengubah dan menerapkan nilai-nilai murni terhadap penonton  untuk mentaat Allah serta setia kepada pemimpin,” katanya.

“Dengan terhasilnya fenomena dan kejayaan sebegini rupa sudah membuktikan dengan satu tujuan yang tidak mengira fahaman serta berkonsepkan 1 Malaysia menerusi hati yang luhur dan berkongsi manfaat kejayaan untuk bangsa dan negara,” tambah beliau.