DDR...bersama staf dan produk formulasi beliau

JITRA, 12 November – Beroperasi bermula pada tahun 2006 Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) kini tampak lebih kukuh dan teguh dengan kejayaan yang dikecapi menerusi pelbagai produk yang telah dihasilkan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), disebalik kejayaan ini beliau memberikan sepenuh keyakinan terhadap warga HPM yang menjadi tunjang utama untuk meningkatkan prestasi dan memajukan syarikat.

“Jadi, doktor percaya dengan kesungguhan dan semangat semulajadi yang ada di dalam diri setiap warga HPM tanggungjawab yang diberikan dapat disempurnakan  dengan dedikasi dan tidak mempunyai sebarang kesulitan di dalam sesuatu pengurusan,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga begitu yakin jika warga HPM dapat mengekalkan sifat-sifat yang sedia ada mahupun yang baru diterapkan dalam diri mereka akan dapat membantu meningkatkan prestasi serta mengorak langkah bersama dalam memajukan HPM ke hadapan.

“Sehubungan itu, sekiranya warga HPM bertanggungjawab di dalam melakukan tugasan yang diberikan doktor percaya warga HPM adalah merupakan tenaga pekerja yang terbaik dan berkualiti berbanding organisasi lain,” tambahnya lagi ketika ditemuramah dipejabat beliau hari ini.