Staf di Unit Media dan ICT menjadi nadi utama kejayaan di PM

JITRA, 12 November – Herba Prima Marketing Sdn bhd (HPM) ditubuhkan pada Jun 2006 yang terkenal dengan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang terbukti berjaya mengurangkan berat badan golongan obesiti di negara ini.

Kini fenomena dR Rozmey yang dicetuskan menjadi perbualan hangat rakyat 1 Malaysia disebabkan teknologi canggih masa kini digunakan untuk membantu menguar-uarkan keajaiban yang telah berlaku terhadap masyarakat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) Jabatan Media, Teknologi Komunikasi Massa dan Maklumat (ICT) dan Pemasaran menjadi tunjang utama menjulang kejayaan HPM.

“Dengan adanya Jabatan Media ini membolehkan segala maklumat yang berkaitan dengan HPM iaitu bisnes, kesihatan, testimoni, kejayaan pengedar dan kejayaan saya sendiri dapat dikongsikan bersama masyarakat di luar,” katanya.

Katanya lagi, semua maklumat ini dipaparkan menerusi laman web utama HPM yang dikendalikan petugas yang komited dan bersungguh-sungguh dalam tugasan mereka. Ini merupakan kebanggaan bagi HPM dalam memperkasakan dan memperkukuhkan lagi tiang HPM.

“Jadi teknologi moden era globalisasi kini dilihat memberikan sesuatu kebaikan dan keistimewaan terhadap doktor dalam melakukan pelbagai perniagaan sekaligus mencipta kejayaan yang lebih besar lagi ,”kata penerbit dR Movie Production itu.