Antara babak pengajaran yang dirungkai di dalam filem 2 Alam

JITRA, 12 November – “Fenomena yang luar biasa.” Inilah cara doktor memartabatkan bangsa dan meraih kejayaan yang doktor nikmati sekarang,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui semalam.

Menurut DDR, cara luar biasa yang dilakukan oleh beliau kini dilihat menerusi kejayaan fenomena 2 Alam yang dicetuskan oleh beliau yang dikatakan dapat mempertingkatkan martabat filem di mata dunia.

“Bukan itu sahaja, filem ini juga berjaya memikat hati pemamer dari Indonesia mengenai penceritaan yang menggambarkan kehidupan budaya sosial diakhiri dengan memperoleh sejuta keinsafan dan pengajaran untuk penonton,” katanya.

Beliau berkata lagi, pembikinan filem 2 Alam dijalankan penyelidikan terlebih dahulu yang memakan masa lima tahun sebelum menghasilkannya.

“Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti filem yang ingin dihasilkan mengikuti kehendak penonton supaya mesej yang ingin disampaikan dengan lebih berkesan.

“Jadi, aspek pengajaran dan pendidikan diterapkan dalam pembikinan fenomena 2 Alam untuk mewujudkan kesedaran dan keinsafan terhadap penonton.

“Jelaslah fenomena menerusi filem 2 Alam ini bukan semata-mata mengaut keuntungan malahan memberikan kebaikan terhadap masyarakat sekaligus menjulang martabat filem Melayu di persada antarabangsa,” katanya ketika ditemui semalam.