DDR...sifat kejujuran dan keikhlasan dicontohi

JITRA, 12 November – Syarikat naungan jenama dR Rozmey kini yang menjadi kebanggaan penduduk Jitra dilihat semakin kukuh dan gah berdiri selepas popular dengan produk pelangsingan badan iaitu Jus Mate 5 (JM5).

Kejayaan yang dirangkul ini adalah hasil daripada usaha dengan sifat semulajadi dan teristimewa yang terdapat pada pemilik nama dR Rozmey itu sendiri iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang menghasilkan pelbagai fenomena dR Rozmey kepada rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Herba Prima Marketing (HPM) Encik Rizdhwan Ahmad akibat daripada sifat-sifatnya yang ditunjukkan dalam menghasilkan pelbagai kejayaan beliau kini diteladani oleh seluruh warga HPM.

“Penerapan kejujuran dan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara menjadi pegangan utama warga HPM untuk meningkatkan prestasi kerja dan memajukan diri dalam aspek kerjaya,” katanya.

Katanya lagi, ketaatan dan keteguhan iman di dada juga perlu ditanamkan di dalam diri kita beserta usaha yang dilakukan untuk mencipta kejayaan dan sentiasa mengingati-NYa kerana segala kejayaan datang dari Allah SWT.

“Oleh itu, perkara sebegini merupakan sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan yang bukan sahaja untuk kepentingan syarikat malahan untuk mereka juga yang berada di bawah naungan dR Rozmey dalam membina kejayaan selaras dengan konsep fenomena dR Rozmey yang dihasilkan untuk kepentingan bersama,” katanya lagi.