DDR.....berbeza strategi yang dilancarkan

JITRA, 11 November – Kreativiti dan kepintaran adalah perkara yang mustahak dalam menciptakan strategi untuk menghasilkan sesuatu formula untuk mencipta kejayaan.

Jadi dengan pelbagai fenomena yang telah dicetuskan oleh seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dilihat mencapai kejayaan yang disasarkan dan sekaligus kuasa minda positif beliau mencetuskan idea-idea terbaru untuk melancarkan strategi di dalam perniagaan.

Menurut DDR jika kita inginkan sesuatu kelainan ataupun sesuatu yang luar dalam mencipta kejayaan seharusnya kita perlu mempunyai keimanan dan keteguhan jati diri supaya dapat menepis segala kritikan dan cemuhan.

“Jika semua perkara ini dapat ditangani maka sesuatu perkara luar biasa akan berlaku dan sedikit demi sedikit kejayaan yang diidam-idamkan akan dapat dikecapi,” katanya.

Katanya lagi, kejayaan bukannya datang bergolek ianya perlulah didampingi dengan usaha yang gigih dan mempunyai tahap keyakinan yang begitu tinggi.

“Selain itu, tunduk dan syukur kepada Allah S.W.T  adalah perkara yang diwajibkan kerana keistimewaan tentang sesuatu yang luar biasa merupakan anugerah yang tidak ternilai dan tanpa-Nya juga siapalah kita di muka bumi ini,” tambahnya lagi ketika ditemui di pejabat beliau.