DDR...berfikiran terbuka

JITRA, 11 November – “Kini hanya tinggal lima hari lagi untuk filem 2 Alam untuk pecah panggung RM40 juta sekaligus mencipta kejutan di dalam industri hiburan negara,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Beliau dilihat semakin menghampiri kejayaan yang beliau ciptakan menerusi pelan pemasaran acuan dR Rozmey yang pada mulanya tidak diterima oleh masyarakat.

Menurut DDR, sememangnya masyarakat tidak memberikan tindakbalas menarik terhadap penjualan filem 2 Alam namun selepas melancarkan strategi yang berbeza dari ahli perniagaan lain beliau berjaya meyakinkan masyrakat untuk bersama-sama beliau.

“Semakin hari semakin terasa kehangatan bahang filem 2 Alam kerana majoriti warga 1 Malaysia menyokong dengan filem yang dihasilkan oleh doktor,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey mengulas lanjut mengenai pembikinan filem 2 Alam adalah bertujuan untuk memberikan pengajaran dalam usaha membanteras gejala yang keluar dari landasan hukum syarak.

“Selain itu, filem 2 Alam bukanlah bertujuan untuk mendorong remaja bawah umur supaya terjebak dengan cara hidup yang diketengahkan tetapi untuk melahirkan rasa tanggungjawab ibu bapa menimba pengajaran daripada file mini untuk mencorak anak-anak mereka.

“Oleh itu, kepada individu yang merasakan beliau adalah pengkritik filem yang hebat anda perlu menyelidik mengenai pembawakan filem melalui nilai pengajaran bukannya menjatuhkan filem yang dihasilkan,” ujarnya pemilik label dR Rozmey itu.