DDR....pemikiran kreatif

JITRA, 10 November  – Berbekalkan sifat teguh pendirian di dalam diri menjadi punca kejayaan yang dikecapi oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) iaitu Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang kini terkenal dengan produknya iaitu Jus Mate 5 (JM5) dan filem terbitannya 2 Alam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) itu beliau bersyukur kerana kini semua ingin bersama fenomena dR Rozmey biarpun pada peringkat awal ada yang sinis dan tidak percaya dengan dR. Rozmey.

“Bukan itu saja malah ada juga menghina , mengkeji dan mencemuh tetapi kini mula menyokong doktor dan kagum dengan strategi yang dijalankan dalam penjualan dan pembikinan filem.

“Hal ini berlaku kerana masyarakat sebelum ini masyarakat tidak sedar dan tidak mengetahui tentang fenomena dR Rozmey bukan untuk doktor sendiri tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, berkonsepkan nilai positi yang dianugerahkan Allah kepada beliau pencetusan fenomena yang sering dikritik itu adalah bertujuan demi memartabatkan bangsa dan agama supaya dipandang tinggi oleh dunia luar.

“Pencetusan fenomena label dR Rozmey menerusi acuan doktor sendiri dilihat memberikan impak positif terhadap bangsa 1 Malaysia sekaligus menjadikan doktor sebagai ikon untuk mencipta kejayaan.

“Jadi doktor telah tanamkan sifat ini untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa apa yang dilakukan oleh doktor adalah untuk kebaikan dan manfaat bersama dengan dan karya yang luar biasa untuk mencapai kejayaan,” tambahnya lagi.