DDR...bangga dengan diri sendiri

JITRA, 10 November – “ Syukur Alhamdulillah berkat pencetusan fenomena yang dicetuskan oleh doktor memberikan impak positif yang berguna terhadap masyarakat,” ujar  Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui dipejabat beliau hari ini.

Hal ini adalah kerana pencetusan fenomena yang dilakukan beliau dilihat dapat mengeratkan silaturahim diantara sesama Islam di bumi Malaysia ini.

“Walaupun bisnes yang dilakukan mengikut acuan doktor tidak mendapat penerimaan sesetengah pihak doktor berbangga kerana cetusan fenomena yang dilakukan ini berjaya mewujudkan satu gagasan anti dR Rozmey,” katanya.

Beliau berkata lagi, tidak pernah terlintas di hati beliau untuk berdendam dengan pihak yang berkenaan kerana mereka mempunyai hak mengikut citarasa mereka tersendiri.

“Biarpun cemuhan dan kritikan yang mereka sajikan kepada doktor setiap hari doktor terima seadanya tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya kepakaran semulajadi di dalam bidang teknologi maklumat di persembahkan melalui kaedah yang benar.

“Jadi, doktor berbangga dengan sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh gagasan anti dR Rozmey ini yang sanggup menubuhkan satu perjumpaan untuk menjatuhkan doktor kerana ikatan persahabatan mereka dapat terjalin melalui perjumpaan ini.

“Syabas kepada mereka yang menjadi sebahagian dari anti dR Rozmey! Anda adalah yang terbaik dalam menjatuhkan maruah bangsa sendiri namun Allah S.W.T lebih bijak mengatur segalanya,” katanya lagi

Datuk Dr Che Rozmey berkata, beliau tekad dengan pencetusan fenomena yang doktor hasilkan selagi ianya tidak terpesong kearah bertentangan dengan hukum syarak.