Filem 2 Alam bakal memukau penonton

JITRA, 10 November – “Nantikan kemunculan filem 2 Alam di 700 skrin seluruh Malaysia serentak 18 November ini,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) hari ini.

Filem 2 Alam merupakan hasil karya sulong dR Movie Production yang dikatakan sebagai sebuah karya yang berprofil tinggi mengembalikan kegemilangan era emas filem Melayu yang hilang 40 tahun lalu.

“Kehadiran filem 2 Alam di dalam industri perfileman negara telah menimbulkan pelbagai kontroversi yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia yang berkisar mengenai kehidupan seseorang yang terjebak dengan gejala sosial,” katanya.

Penerbit dR Movie Production itu berkata lagi, filem 2 Alam bakal menggegarkan 83 panggung diseluruh tanahair sekaligus melakar sejarah baru dalam industri filem dan hiburan Malaysia.

“Ini juga berlaku adalah kerana hasil daripada kelulusan bersih dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan perbincangan diantara pemilik panggung filem  2 Alam ini berpotensi untuk meraih kutipan sebanyak RM40 juta malah lebih lagi.

“Selain itu, filem 2 Alam juga dikatakan mempunyai kualiti dan keistimewaannya tersendiri kerana keunikan perjalanan jalan ceritanya bakal mewujudkan sejuta keinsafan dan kesedaran terhadap penonton serta memberikan pengajaran yang berguna kepada mereka,” katanya lagi.