DDR.....produk asli JM5 terjamin

JITRA, 9 November – “Sila pastikan produk Jus Mate 5 (JM5) yang dibeli adalah yang asli dan bukannya tiruan,” tegas Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) yang kini sedang giat berusaha untuk menghapuskan lanun produk tiruan.

Menurut DDR, produk JM5 merupakan satu produk yang dihasilkan khas untuk menangani masalah kegemukan serta menambahkan kesihatan untuk pengguna dan ianya juga amat berkesan berbanding produk lain.

“Akan tetapi doktor menasihatkan kepada pengguna supaya mendapatkan produk JM5 hanya yang asli kerana ianya selamat digunakan tanpa memberi kesan yang negatif berbanding produk tiruan yang akan memberikan kesan seperti penyakit buah pinggang dan kanser merbahaya.

“Jika pengguna menggunakan produk JM5 yang asli hanya formulasi dR Rozmey pengguna akan menyaksikan suatu keajaiban terhadap perubahan diri mereka,” ujarnya.

Katanya lagi, produk JM5 juga membantu pengguna untuk menggantikan sarapan pagi dan mula mengaktifkan sel-sel untuk menukar gula kepada tenaga, memecah lemak kepada tenaga serta beoperasi merangsang sel otak untuk menghasilkan neutro-transmitter serotonin yang menghilangkan rasa lapar dan memberikan tenaga.

“Berat badan anda tidak akan bertambah sekiranya anda mengamalkan JM5 ini mengikuti latihan yang telah ditetapkan justeru keinginan anda untuk menikmati kehidupan yang sihat, jelita dan ceria membuahkan hasil

“Jadi segala impian seperti yang diidamkan untuk tampil dengan kejelitaan dan susuk tubuh menawan dapat direalisasikan bersama produk JM5 hasil formulasi doktor,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).