DDR...gunakan kelebihan anugerah ALLAH sebaiknya

JITRA, 1 November – Akibat dari pencetusan fenomena 2 Alam penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dikatakan seseorang angkuh dan sombong dalam menguar-uarkan kehebatan 2 Alam.

Menurutnya beliau bukannya individu yang mempunyai sifat sedemikian dan menegaskan bahawa beliau adalah seseorang yang sederhana dan penuh tanggungjawab.

“Jika saya melihat sesuatu yang indah serta sedap mata memandang sudah semestinya saya menceritakan keindahan dan kecantikan yang tidak puas dilihat hanya sekilas pandang,” katanya.

Katanya lagi, faktor individu lain yang melabelkan diri beliau seorang yang angkuh dan sombong berkemungkinan dari sikap iri hati terhadap kejayaan beliau mengenai produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang kini popular di kalangan golongan obesiti.

“Jadi, mereka akan melabelkan saya sebagai seorang yang angkuh dan sombong kerana mereka belum menghayati keindahan itu dan perkara yang paling penting untuk menghayati keindahan yang digambarkan itu adalah kita harus berusaha, jujur dan fokus dengan cara tersendiri.

“Tetapi untuk pengetahuan semua bangsa 1 Malaysia segala yang berlaku terhadap pencetusan fenomena yang doktor lakukan adalah berlandaskan landasan doktor sendiri kerana inilah cara doktor sebenarnya dalam menghasilkan kejayaan demi kejayaan,” katanya lagi ketika ditemui dipejabat beliau.