DDR....lakar sejarah baru di dalam industri filem

JITRA, 31 Oktober – “Filem 2 Alam akan diterbangkan ke Indonesia sekaligus tsunami berskala kecil ini akan melanda Indonesia tanpa penduduk negara Garuda itu sedari,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) menerima panggilan dari rakan kongsi beliau di Indonesia.

Menurut DDR, akibat daripada hasil perbincangan beliau bersama rakan kongsi di Indonesia telah membuatkan mereka berminat untuk tembusi panggung di negara jiran itu.

“Ini sudah jelas bahawa mereka yang kini terpegun dengan keunikan filem 2 Alam tidak lagi mampu menahan perasaan resah dan demam yang melanda ketika sesi tayangan perdana beberapa bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata lagi, virus 2 Alam yang melanda negara Garuda itu akan menemui seluruh penduduknya selepas pecah panggung RM40 juta pada 18 November 2010 menerusi 83 panggung oleh bangsa 1 Malaysia.

“Rakan kongsi doktor meminta untuk mempercepatkan proses penayangan filem 2 Alam di Indonesia kerana mereka tidak sabar lagi untuk mencipta kejayaan melipat ganda menerusi filem itu.

“Jadi, fenomena filem 2 Alam yang dicetuskan ini dilihat mengangkat martabat filem Melayu sekaligus mengeratkan silaturahim diantara kedua-dua buah negara,” katanya ketika ditemui tadi.