DDR....idea luar biasa mampu mengubah kreativiti

JITRA, 29 Oktober – “Inilah yang ingin doktor ketengahkan mengenai cara promosi yang meberikan idea baru terhadap produksi-produksi demi memajukan filem di mata dunia, “ ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui tadi.

Kehadiran 2 Alam jelas terbukti memberikan impak positif terhadap industri filem negara kerana cara promosi yang dilakukan oleh DDR adalah berbeza berbanding sebelumnya

Menurutnya, beliau berbangga kerana pencetusan idea barunya itu menjadi ikutan terhadap pihak produksi lain untuk bersama-sama membangunkan industri perfileman negara.

“Ini juga dianggap sebagai kejayaan terhadap filem 2 Alam yang sebelum ini menerima pelbagai kritikan dan cemuhan yang hebat,” katanya.

Katanya lagi, perubahan sebegini harus dilakukan demi mempertingkatkan industri hiburan dan perfileman negara untuk meniti kemajuan standing dengan industri hiburan antarabangsa.

“Sehubungan itu, zaman serba moden ini haruslah disulami dengan minda positif untuk menghasilkan idea-idea yang luar biasa bagi memperoleh kejayaan yang melipat ganda sekaligus memberikan kepuasan maksima terhadap masyarakat.

“Inilah cara doktor iaitu melahirkan sesuatu yang luar biasa untuk kepentingan bersama dan berjuang untuk memartabatkan serta mengembalikan era kegemilangan filem Melayu yang hilang sejak 40 tahun lalu,” kata penerbit dR Movie Production itu.

Advertisements