JITRA, 29 Oktober – Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) kini tampak semakin maju dan popular di seluruh Malaysia kerana keberkesanan dan keajaiban produknya yang begitu mujarab memberikan kesan yang amat positif terhadap pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, berkonsepkan ajaib, berkesan dan selamat produk keluaran Herba Prima Marketing (HPM) ini sudahpun diketahui  tenyata ianya memberikan keberkesanan yang ketara tanpa mewujudkan sebarang risiko terhadap penggunanya.

“Antara produk keluaran HPM yang terkenal adalah Jus Mate 5 (JM5) iaitu produk pelangsingan badan dan terdapat juga produk lain yang dianggap mujarab keluaran HPM ialah seperti ESPRESSO XY yang membantu memulihkan masalah tenaga batin.

“Selain itu, penghasilan produk Doc-K adalah bertujuan merawat sakit sendi, Gain-5 pula membantu penambahan berat badan, dR Silky memberikan bentuk tubuh badan yang ideal dan kulit yang cantik,” katanya.

Beliau berkata lagi, penghasilan mengenai produk kesihatan dan kecantikan yang dilakukan oleh beliau menepati penyelidikan yang telah beliau jalankan sebelum menghasilkannya

“Manakala dR Betes memulihkan penyakit kencing manis, dRQ10 merawat masalah lemah jantung dan stroke, dR8 merawat mata, dR101 membantu kecerdasan minda manakala dRII untuk merawat kulit dan satu lagi produk terbaru yang akan dihasilkan iaitu dR-Hepar yang berfungsi untuk merawat hati.

“Hanya ramuan yang terpilih iaitu berasaskan herba dan vitamin sahaja digunakan untuk menghasilkan kesemua produk HPM yang telah banyak membantu pengguna merawat pelbagai penyakit serta penggunaannya yang memudahkan dan selamat untuk pengguna tanpa memberikan sebarang kesan sampingan,” ujarnya ketika ditemuramah.