DDR.....perngorbanan dan usaha di dalam fenomena 2 Alam membuahkan hasil

JITRA 27 Oktober – ” Nantikan kemunculan filem 2 Alam dipawagam berhampiran anda pada 18 November 2010 ini,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kepada rakyat 1 Malaysia mengenai kehadiran fenomena 2 Alam.

Menurut DDR, pencetusan fenomena 2 Alam menerusi jenama dR. Rozmey mengajak rakyat 1 Malaysia merasai sendiri mengenai keistimewaan dan keunikan filem itu.

”Komen-komen negatif yang dilemparkan oleh sesetengah pihak mengenai filem 2 Alam yang dicetuskan DDR hanya berdasarkan emosi dan rasa tidak puas hati semata-mata”, katanya.

Beliau berkata lagi, mereka belum melihat sendiri rangkaian kebenaran mengenai nilai murni yang terdapat didalam filem 2 Alam serta dianggap filem berprofil tinggi.

”Penghayatan mengenai penceritaan dan mesej yang akan disampaikan akan membuatkan penonton terkaku sejenak mengenangkan akibat pembalasan terhadap kehidupan yang dipenuhi noda dan dosa.

”Jadi, nantikanlah kemunculan filem 2 Alam di pawagam berhampiran anda dan segala keresahan pasti terubat dengan kehadiran 2 Alam untuk pecah panggung RM40 juta.

“Satu lakaran sejarah baru bakal tercipta di dalam industri perfileman dan hiburan negara apabila pecah panggung RM40 juta menjadi kenyataan sekaligus mengangkat martabat filem Malaysia ke persada antarabangsa,” kata pengasas produk perlangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu.