DDR....strategi luar biasa memberikan idea baru di dalam industri filem

JITRA, 26 Oktober – Fenomena yang dicetuskan oleh dR. Rozmey terhadap masyarakat menimbulkan pelbagai kontroversi dan ketidak puasan hati dari pelbagai pihak.

Menurut penerbit dR. Movie Production Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) segala ujian dan kritikan yang dilemparkan terhadap fenomena 2 Alam ini merupakan kemeriahan di dalam indusitri filem dan dunia hiburan negara ini.

“Perkara ini juga mendatangkan kebaikan terhadap produksi filem lain  yang dicetuskan oleh doktor iaitu tentang penemuan atau strategi baru cara promosi dan penjualan filem yang dihasilkan,” katanya.

Beliau berkata lagi, pembikinan filem 2 Alam adalah hasil daripada penyelidikan yang dijalankan selama lima tahun demi menyelami golongan yang terjebak dengan gejala sosial sehinggakan murtad di sisi Allah S.W.T.

“Walaupun pada mulanya masyarakat tidak dapat menerima tentang fenomena yang dicetuskan akan tetapi doktor melihat semua perkara itu bukan menjadi penghalang untuk menghasilkan karya yang akan memberikan iktibar dan pengajaran serta mewujudkan keinsafan di dalam diri masyarakat kini.

“Nasihat doktor jika kita inginkan kejayaan dan lahir di dalam diri untuk membantu masyarakat, kesabaran serta kejujuran adalah menjadi faktor utama dalam usaha untuk mencapai apa yang kita inginkan,” kata beliau ketika ditemuramah dipejabatnya semalam..