DDR....tiada sifat berdendamJITRA, 23 Oktober – “Itu kehendak mereka, doktor tidak boleh memaksa. Seandainya itu yang membuahkan kejayaan untuk mereka. Silakan.” Inilah ungkapan Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) apabila ditanya mengenai kehadiran sebuah  komuniti di laman sosial Facebook yang mengelar diri mereka sebagai kumpulan anti  penerbit dR Movie Production itu.

Sememangnya menjadi lumrah kehidupan seseorang yang bergelar ahli perniagaan terdedah kepada pelbagai kritikan dan cemuhan yang melampaui batas dalam usaha untuk memperoleh kejayaan.

Menurut DDR, bukan menjadi tanggungjawab beliau menghalang mereka daripada melakukan perbuatan yang sedemikian kerana mereka mempunyai hak menurut kehendak hati mereka.

“Tidak pernah sesekalipun doktor menyimpan perasaan dendam ataupun merusuh mereka daripada melakukan perbuatan yang memuaskan kehidupan mereka.

“Untuk apa mereka melakukan perbuatan sebegini rupa demi menjatuhkan pelan bisnes yang doktor lancarkan untuk memajukan bangsa kita (Melayu) sendiri,” katanya.

Beliau berkata lagi, kehadiran beliau di dalam kancah perniagaan adalah untuk menciptakan pelbagai kejayaan supaya dapat dibanggakan oleh negara luar bukan untuk menyakiti sesiapapun.

“Sedarlah golongan anti DDR, adakah salah cara doktor bangunkan bisnes doktor menerusi idea doktor sendiri.  Sekiranya tidak, bangkit dan sokonglah bangsa anda sendiri.

“Tidak pernah sekalipun kehadiran doktor menagihkan  simpati daripada anda apabila  doktor terjun ke dalam dunia perniagaan dan jelas terbukti bahawa fenomena yang doktor hasilkan adalah untuk kepentingan bersama menerusi fenomena produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5),” ujar pemilik label dR Rozmey itu ketika ditemui dipejabat beliau tadi.