DDR....promosi menerusi label dR Rozmey

JITRA, 22 Oktober – Kejayaan dalam melariskan sesuatu barangan yang ingin dijual terhadap khalayak bermula daripada sifat kreativiti pemiliknya dalam mempromosikan produk atau barangan yang telah dihasilkan dengan usahanya sendiri.

Jadi, bagi penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dalam usaha untuk filem 2 Alam pecah panggung RM40 juta promosi filem tersebut  akan dijalankan sehingga 18 November ini.

Menurut DDR, kehadiran filem 2 Alam ini telah mengejutkan seluruh warga rakyat Malaysia serta industri filem di negara ini dengan cara penjualan filem sulongnya iaitu 2 Alam.

“Tahap keyakinan yang tinggi dan keberanian menanggung segala risiko perlu ditanamkan di dalam diri bagi memastikan sesuatu perkara yang dibuat adalah mengikut landasan yang betul dan tidak terpesong dari apa yang dirancangkan,” ujarnya.

“Justeru itu, untuk memastikan segala perancangan berjaya mengikut acuan tersendiri, doktor seharusnya berani dalam merencanakan strategi luar biasa yang pada zahirnya mungkin sukar diterima namun lama kelamaan akan diterima kelak,” kata penerbit dR Movie Production itu pagi tadi.