DDR....strategi sendiri

JITRA, 21 Oktober – “Filem 2 Alam tidak akan tangguh lagi kerana doktor sudah mendapat salinan surat 5 Julai lalu daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk membenarkan filem ini ditayangkan pada 18 November akan datang,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Menurut DDR, filem 2 Alam sebelum ini menghadapi masalah kerana sudah beberapa kali terpaksa ditangguhkan untuk penayangan kerana tidak mendapat kelulusan Skim Wajib Tayang.

“Akibat daripada penangguhan yang dilakukan sebanyak tiga kali oleh pihak Finas, masyarakat kini hilang keterujaan untuk bersama-sama pecah panggung RM40 juta,” katanya.

Katanya lagi, demam rakyat 1 Malaysia kini bakal terubat kerana keputusan muktamad mengenai penayangan filem 2 Alam kini sudah menemui kata putus dan akhirnya 2 Alam akan ditayangkan pada 18 November 2010.

“Strategi yang doktor lakukan adalah luar biasa berbanding pihak produksi yang lain kerana fenomena yang dicetuskan oleh doktor adalah untuk kepentingan bersama.

“Jadi, peminat filem 2 Alam boleh menarik nafas lega kerana penemuan tarikh penayangan sudahpun ditetapkan oleh Finas untuk pecah panggung RM40 juta.

“Kini, semangat mereka untuk bersama-sama doktor menghasilkan kejayaan melalui karya seni dikembalikan semula walaupun pada mulanya mereka hamper berputus asa,” kata penerbit dR Movie Production itu.