DDR....generasi muda hari ini pembela bangsa pada masa akan datang

JITRA, 20 Oktober – “Tahniah kepada semua Graduan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana berjaya menamatkan pengajian mereka semalam,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 Kolej Universiti Insaniah (KUIN) itu telah disempurnakan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah semalam.

Menurut DDR, hampir setiap tahun negara Malaysia melahirkan golongan remaja yang hebat di dalam ilmu pengetahuan yang meluas mengenai ilmu akademik dan juga keagamaan.

“Jadi, kombinasi yang menarik dari kedua-dua perkara itu dilihat menjadi tunjang utama dalam menghasilkan kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Datuk Dr Che rozmey berkata lagi, menuntut ilmu adalah perkara yang digalakkan di dalam ajaran Islam kerana Allah sentiasa melindungi orang-orang yang menuntut ilmu sekiranya perjuangan mereka diringi dengan keikhlasan dan kejujuran.

“Generasi sebeginilah yang harus di beri perlindungan kerana mereka adalah generasi yang bakal memberikan ganjaran yang begitu lumayan terhadap negara.

“Bukan itu sahaja bahkan mereka juga menjadi benteng pertahanan demi membela bangsa yang seangkatan mereka serta bakal menjadikan negara Malaysia digeruni oleh bangsa asing,” katanya ketika ditemui dipejabat beliau tadi.