DDR.....lakaran sejarah baru menerusi fenomena 2 Alam

JITRA, 19 Oktober – Satu lagi keajaiban dan fenomena akan melanda terhadap rakyat Malaysia yang segalanya bakal terjawab tanggal 18 November 2010 ini.

Belumpun sempat 2 Alam memasuki panggung, pelbagai isu yang berlaku dapat ditepis dan menjadi perbualan rakyat 1Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd Datuk Dr. Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, jelas sekali mereka ingin melihat apa yang bakal terjadi pada tarikh keramat 18 November 2010 ini.

“Ini kerana disebabkan oleh fenomena dR. Rozmey bersama Kosmo! dalam mempromosikan filem 2 Alam dan kehadirannya memeriahkan industri filem negara,” katanya.

Katanya lagi, inilah juga yang dikatakan kebolehan luar biasa yang beliau cipta, keajaiban, dan kejayaan untuk rakyat,” katanya.

“Fenomena filem2 Alam yang dipenuhi dengan keistimewaannya dilihat bakal memukau semua penonton yang hadir kepanggung berhampiran mereka.

“Bukan hanya hiburan yang dapat diperoleh tetapi pengajaran-pengajaran dari mesej tertentu memberikan pedoman dan pegangan di dalam kehidupan,” tambah penerbit dR Movie Production itu.

Advertisements